KATA-KATA ALUAN

Dari Guru Besar Sekolah Arab Jerudong

Yang Mulia Ustazah Hjh Fatimah Binti Hj Ahmad


Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat serta Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam kerana dengan izinnya jua dapatlah pihak sekolah menghasilkan laman webnya sendiri sebagai wadah kongsisama dalam melahirkan kecemerlangan pelbagai aspek sama ada pentadbiran, akademik maupun aktiviti sekolah serta apa jua yang berkaitan dengan warga sekolah.

Saya sangat berharap semoga ianya akan dimanfaatkan ke arah pembentukkan syakhsiah insan yang kamil dan betul bagi sama-sama mendidik anak bangsa sama ada duniawi dan ukhrawi semata-mata untuk kepentingan ugama,bangsa dan negara.

Terima kasih atas keperihatinan semua.

 
Make a Free Website with Yola.